TNB sedang menguji paras sokongan

Mis à jour
TNB merupakan salah satu kaunter pemacu indeks KLCI. Jadi menarik untuk diperhatikan kerana ia mempengaruhi naik turun indeks. Naik turun indeks pula mempengaruhi mood pedagang dan pelabur secara amnya.

TNB mencatat kerugian suku yang pertama setelah 7 tahun. Apakah perkara ini akan membuatkan pelabur menjauhkan diri atau masih optimis dengan masa depan TNB. Carta dapat menunjukkannya.

Lihat pada carta bulanan. Kita dapati ia berada di sokongan Tenkan. Dan ia juga berada di fibonacci retracement 0.618 (nisbah emas).

Jika dilihat pada candle pula, (1) ia membentuk bayangan bawah yang panjang. Ini merupakan isyarat bullish reversal yang pertama. Iaitu berlakunya penolakan kepada bearish. (2) ia membentuk corak candle bullish harami. Namun ia turun kembali ke paras terendah candle (1). Ini bermakna kedua-dua isyarat tersebut masih belum terbukti palsu.

Isyarat ini akan terbukti palsu apabila harga jatuh melepasi paras terendah candle (1). Jika itu berlaku, kita boleh menjangkakan harga TNB akan mula junam dan bertukar menjadi downtrend. Ini sedikit sebanyak akan turut mempengaruhi pergerakan indeks KLCI.

Yang menarik untuk diperhatikan juga adalah slow stochastic berada di paras oversold. Adakah ia menunjukkan harga telah sampai di lantai? Ataupun ia menunjukkan permulaan momentum bearish?

Garis Signal MACD masih berada di atas paras 0. Menunjukkan ianya masih dalam keadaan bullish (tren major) tapi sedang sideways (tren minor).

Paras sokongan patah atau mampu bertahan? Sama-sama kita perhatikan.
Note
Maaf ada kesilapan. Bukan Tenkan tetapi Kijun. Ralat sebab sedikit mengantuk tulis di lewat malam (dekat 4 pagi). ;p
mac19Support and Resistance

Clause de non-responsabilité