CEPAT: Perhatikan Jika Sudah Melepasi Harga Rintangan

Sektor: Industri Pemprosesan
Industri: Komoditi Pertanian/Pengilangan

1. Analisa Trend

I. CEPAT boleh dikatakan masih berada dalam keadaan "sideways".
II. Paras harga "resistance" ialah 0.655 dan paras harga "support" ialah 0.625.
III. 11 Ogos 2021 CEPAT tutup dengan harga 0.670 diatas paras "resistance" dengan ada kenaikan volume.
IV. Boleh diperhatikan sekiranya CEPAT kekal berada di atas paras harga 0.655

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - CEPAT telah berada diatas garisan EMA9(biru),MA20(merah) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam keadaan yang menaik. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut.

II. RSI - CEPAT menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

III. MACD - Garisan MACD sudah menunjukkan tanda untuk bersilang ke atas garisan Signal. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Technical IndicatorsTrend Analysis

Aussi sur:

Clause de non-responsabilité