DLTR: Meneruskan Kenaikan?

Dollar Tree, Inc. dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Pada selang masa mingguan, harga dilihat seakan membentuk corak carta 'flag' setelah harga membuat jurang 'breakaway' beberapa bulan dagangan yang lalu
Harga terkini dilihat masih lagi masih lagi mematuhi dan berada berdekatan dengan kawasan rintangan corak carta terbabit
Harga dikatakan masih lagi cenderung bergerak mendatar selagi mana ia belum memecahkan kawasan rintangan corak carta
Perlu diingat, dalam corak carta 'flag', volum adalah tidak diperlukan untuk mengesahkan 'breakout' namun adalah suatu kelebihan sekiranya ia hadir
Ketika harga bertahan di kawasan sokongan, volum juga dilihat rendah dari kawasan purata menunjukkan ketidakhadiran penjual untuk menurunkan harga
Pergerakan harga juga dilihat disokong oleh MA20 mingguan yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
RSI mingguan dilihat menunjukkan kehadiran momentum dan masih berada di zon positif namun sudah mendekati kawasan 'overbought'

Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Clause de non-responsabilité