IRIS : Harga Turun Setelah Mendapat Kontrak RM1.2 Bilion?

Berdasarkan DOW Theory No.1, Pasaran Diskaun Semuanya!. Oleh sebab itu, pelabur sewajarnya membuat pelaburan bukan berasakan berita. Pelabur perlu membuat pelaburan atau belian berdasarkan apa yang diceritakan oleh carta! Itu yang berlaku pada kuanter IRIS. Telah berlaku jualan berdasarkan berita! Kenapa boleh berlaku sebegitu sedangkan IRIS dapat kontrak yang bernilai Bilion? Pertamanya, harga IRIS telah berlaku kenaikan daripada paras terendah RM0.06 pada Mac 2020. Bilangan unit yang telah dibeli sehingga kini adalah berjumlah 3Bilion unit. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pembeli yang telah mencapai keuntungan lebih 667%. Maka terdapat pelabur yang terus hendak menjualnya apabila keluarnya berita. Harga boleh turun ke paras RM0.325 sekiranya harga harian tutup di bawah paras RM0.345. Sekiranya harga berjaya naik melebihi RM0.370, maka harga akan menguji semula harga paras tertinggi iaitu RM0.450. TAYOR

MAAMTRaderz
Chart Patterns

Aussi sur:

Clause de non-responsabilité