17-Mac-19: NAS masih kelihatan Bullish

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

NAS100USD

Analisa: (berdasarkan carta 4H)
1. Trend keseluruhan menampakkan kenaikan(Trendline Putih)
2. MA semakin mengembang ke atas dan masih menunjukkan uptrend.(Setelah bermain disekitar MA kuning)
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 70 (Uptrend)
4. MACD berada diatas 0
5. Untuk minggu lepas harga seolah-olah bermain di dalam channel selama seminggu dan sekarang bermain di lower band channel.

Jangkaan:
1. Melihat daripada trendline, menampakkan yang market masih lagi belum menunjukan tanda2 untuk berpatah balik ke bawah (buat masa ini)
2. Harga pula masih berada di atas MA dan tidak ada momentum untuk turun buat seketika, ini kerana dia nya tidak berjaya memecahkan garis MA kuning.
3. RSI masih lagi berlegar didalam kawasan uptrend dan ini menambahkan keyakinan bahawa harga masih akan naik untuk mencari R1 dan R2.
4. Melihat pada MACD, terdapat cross pada signal namun cross ini berada di atas paras 0 dan hanyalah menunjukkan penurunan sementara dan menampakkan pasaran masih mencari momentum untuk ke atas.
5. Harga pada jumaat lepas masih melantun di channel lower band dan lower band ini selari dengan garisan MA...ini menandakan ianya adalah support yang sangat kuat.
6. Sila berikan perhatian kepada NEWS pada hari KHAMIS yang mungkin boleh mempengaruhi pergerakan keselurahan pasaran US.

Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (Intradaya & Short Swing) secara keseluruhan, saya melihat pasaran masih dalam keadaan BULLISH.
2. Namun beberapa indicasi awal perlu diberikan perhatian terutamanya channel dimana ianya adalah penentu kepada pergerakan 18/3/2019 - 22/3/2019
3. Harus diingat juga terdapat satu news yang tidak kurang hebat pada minggu ini iaitu FOMC dan news ini dijangka mampu memberikan impak kepada pergerakan keseluruhan. Sekiranya terdapat momentum besar-besaran memecahkan channel ke bawah, ini mungkin akan menyebabkan arah pasaran bertukar. Namun sekiranya lantunan berlaku dengan momentum pasaran dijangka boleh melonjak sehingga ke R2
4. Apa-apa pun secara peribadi saya menasihatkan jangan melawan trend, cari peluang untuk BUY, JANGKA MASA SINGKAT
mac19Trend Analysis

Clause de non-responsabilité