One_Trader20

Trimode : Sektor Logistik Yang Menarik

MYX:TRIMODE   TRI-MODE SYSTEM (M) BERHAD
Harga terendah trimode dicatakan pada nilai 0.17 iaitu semasa krisis Covid-19 bermula di Malaysia. Selepas itu, harga trimode berada dalam keadaan uptrend dengan mematuhi market structure HH HL. Harga tertinggi yang dicapai adalah 0.84 pada Julai 2021 iaitu kenaikan 400% semenjak pandemik Covid-19.

Setelah itu, berlaku pembetulan pada harga Trimode dan jatuh ke harga 0.60 dan kemudiannya membuat kenaikan yang sihat membentuk uptrend channel. Harga semasa ialah 0.70 dan berada sangat dekat dengan support channel dan juga sokongan MA50. Sekiranya trimode masih mematuhi channel ini dan mengikut market structure yang terbentuk, support berhampiran adalah pada harga 0.685.

Risiko ketika ini adalah rendah berbanding harga rintangan. Sasaran harga yang boleh dicapai berdasarkan harga rintangan ialah sekitar 0.75/0.77/0.8/0.835 bergantung kepada catalyst2 yang menarik terhadap sektor logistik.

Harus diingat, stok ni agak ringan. Senang naik & senang turun.

TAYOR
Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.