MCLEAN (Melantun di atas Lantai untuk Menuju ke Syiling)

Sektor:
- Trading & Services, Manufacturing, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, MCLEAN dilihat sebelum ini banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Keuntungan MCLEAN dilihat baru mula menaik bermula Q3 2020 menjadikan keuntungan MCLEAN meningkat YoY sebanyak 200.41%. Walaubagaimanapun, hasil (revenue) MCLEAN pula menurun QoQ dan YoY masing² sebanyak -3.41% dan -4.18%.
- Dari sudut Teknikal, MCLEAN masih berada di atas MA 50 menandakan bahawa MCLEAN masih uptrend untuk midterm.
- Ketika harga baru mula menaik, muncul signal 'strong bearish divergence' daripada stochastic RSI mendorong harga MCLEAN untuk jatuh.
- MCLEAN membuat pullback setelah itu sebelum rebound di atas MA 50.
- Kemudian, MCLEAN meneruskan kenaikan dan bermain² di garisan MA 50 dalam keadaan sideways.
- Terkini, harga mula rebound di atas MA 50 sekali lagi dengan garisan commodity channel index (cci) melebihi 200 menandakan MCLEAN telah breakout classical resistance yang terbaru pada RM 0.545.
- Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi resistance yang perlu dilepasi oleh MCLEAN iaitu RM 0.715.
- Jika MCLEAN mampu bertahan di atas RM 0.715, harga berpotensi menuju ke RM 0.715.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas RM 0.535, support seterusnya adalah garisan MA 50 dan RM 0.435.

Nota kaki:
* Q3 = Quarter ketiga. Kebiasaanya bulan Ogos.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
bearishdivergenceDivergenceFundamental AnalysisMCLEANOscillatorspullbackreboundswingTrend Analysis

Aussi sur:

Clause de non-responsabilité