XRP (Mencari Persinggahan atau Menuju Pengakhiran)

Ripple (XRP) kini menerima tekanan penjualan 4 hari berturut². Kejatuhan ini juga didorong oleh signal 'strong bearish divergence' yang ditunjukkan oleh stochastic RSI. XRP perlu rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan. Jika XRP jatuh dan 'tutup' sehingga melebihi paras fibo 0.382 iaitu di bawah harga RM 5.40, XRP tidak dikira membuat retracement lagi tetapi berkemungkinan XRP membuat reversal.

Nota kaki:
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Correction / Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada sideways atau downtrend.
asetdigitalbearishdivergenceCryptocurrencyFibonacciFibonacci RetracementkriptolunoOscillatorsrippleSupport and Resistancetokenizexrp

Aussi sur:

Publications connexes

Clause de non-responsabilité