aihafizal.fx

11-Sept-2020: AAPL boleh masuk WL

NASDAQ:AAPL   Apple Inc
Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Mungkin ramai yang terburu2, emosi dan FOMO masa price split tempoh hari. Mana yang tersangkut di atas terutamanya (CFD&option trader) moga akaun terselamat dari mc.

Sekadar perkongsian/pandangan ringkas berkenaan kaunter ini. Setakat ini masih belum ada bukti kukuh menunjukkan tanda untuk pertukaran arah. Untuk makluman saya bukanlah penggemar strategi sell, jadi saya lebih gemar untuk menunggu masa sesuai untuk membeli.

Perhatikan reaksi harga key level zon,
Sekiranya harga tidak berjaya memecahkan DTL dengan momentum, dan wujudnya rejection maka kita menjangkakan pembentukkan sturuktur pasaran (LL)

Jangan terburu2 memasuki pasaran dengan justifikasi syarikat nak release iphone 12 semata2 sebab bila terlalu ramai yang buy, dikhuatiri smart money akan menekan harga untuk jatuh lagi.

Lakukan keputusan perdagangan berdasarkan petunjuk yang kukuh.
Disiplin yang saya amalkan:
1. Harga melantun di key level zon
2. Harga memecahkan dan ditutup diatas DTL dgn momentum.
3. Pembentukan struktur baharu yang jelas.


Semoga bermanfaat

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.