Meem

AMD: Divergence Kenaikan?

NASDAQ:AMD   Advanced Micro Devices Inc
AMD dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Walaubagaimanapun petunjuk RSI dilihat seakan membuat pembentukan 'divergence'
RSI harian dilihat membentuk 'higher low' tatkala harga bergerak dalam trend mendatar menunjukkan terdapatnya momentum belian
Lilin harga dilihat berada berdekatan dengan sokongan MA200 harian dan MA50 mingguan
Meskipun begitu, kehadiran 'divergence' sahaja belum mencukupi untuk kita simpulkan perubahan arah pergerakan
Harga perlulah tembus (sebaiknya dengan volum) melepasi garisan rintangan menurun dan bertahan di atasnya
Namun kehadiran momentum jualan yang kuat boleh sahaja membatalkan isyarat 'divergence' ini

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.