Meem

CVX: Menuju Paras Tertinggi?

NYSE:CVX   Chevron Corporation
CVX dilihat tetap membuat kenaikan meskipun pasaran sedang berdarah

Jika dilihat pada selang masa mingguan, harga dilihat baru sahaja melepasi garisan rintangan kritikal beberapa minggu dagangan yang lalu
Analisa volum mendapati kenaikan melepasi rintangan tersebut adalah disertai dengan volum yang melebihi paras purata dagangan harian
Harga beberapa minggu dagangan yang lalu juga dilihat berjaya bertahan di atas EMA200 mingguan (tidak ditunjukkan) sebelum meneruskan kenaikan
Paras harga tertinggi yang pernah dicapai sebelum ini dilihat berada pada paras 135.10 pada tahun 2014
Walaubagaimanapun, paras RSI mingguan dan harian dilihat sudah berada di kawasan 'overbought' menunjukkan terdapat kemungkinan harga akan membuat pembetulan dalam jangka masa terdekat

Mampukah ia membuat kenaikan melepasi paras harga tertinggi sebelum ini? Ke manakah halatuju CVX?

Sama-sama kita nantikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!

Idées en relation

Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.