Ajrun_

KSL: Dah Boleh Masuk dan Holding?

MYX:KSL   KSL HOLDINGS BHD
Sektor: Kewangan
Industri: Pemaju Harta Tanah

1. Analisa Trend

I. Setelah mencapai harga tertinggi sepanjang 52 minggu 15 Mac 2021 pada paras harga 0.770, KSL membuat penurunan sehingga mencapai paras harga 0.550 pada 21 Mei 2021.
II. Seterusnya, KSL memasuki fasa "sideways/accumulation" yang mana ia bergerak naik sehingga 0.610(resistance) dan turun sehingga 0.580(support).
III. Pada 9 Jun 2021 sehingga 22 Jun 2021, KSL cuba untuk memecahkan harga 0.610(resistance) namun gagal dan ia kembali turun ke paras 0.580 pada 28 Jun 2021.
IV. Setelah penurunan itu, KSL hanya bergerak dalam lingkungan paras harga 0.580 dan juga 0.610.
V. Pada 12 Julai 2021, KSL telah memecahkan harga 0.610 dan 13 Julai 2021 ia telah tutup pada harga 0.630.
Vi. Selepas itu, KSL kembali ke paras 0.610 sehingga 27 Julai 2021.
Vii. Pada 28 Julai 2021, KSL kembali tutup pada harga 0.630.

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut. Menunjukkan tanda yang KSL telah berada dalam keadaan menaik.

2. RSI - menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50. Bukan itu sahaja, ia sedang menghampiri kawasan "overbought".

3. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.

Jika ia meneruskan kenaikan, ia akan menuju ke paras harga 0.655.
Boleh diperhatikan bagaimana KSL akan pergi nanti nanti, barulah boleh tahu boleh masuk dan holding atau tidak.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.