naimmp98

MINDA (Muncul 3 Petanda Pembalikan)

MYX:MINDA   None
Sektor:
- Consumer Products & Services, Education.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Dalam 12 quarters terkini, MINDA mencatatkan kerugian berturut² tetapi kerugian dapat diminimakan sehingga mencatatkan kenaikan YoY sebanyak 74.57%.
- Hasil (revenue) YoY pula menyusut sebanyak -7.79%.

~Teknikal~
- MINDA masih di atas MA 50 menunjukkan harga masih uptrend untuk mid term.
- Terkini, selepas melakukan kenaikan, MINDA membuat pullback sehingga ke atas MA 50 dengan menunjukkan 3 petanda rebound:
1) Candle berbentuk morning doji star.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menunjukkan harga mula rebound di atas support baru terkuat.
3) MACD 4R1G.
- Jika harga mampu bertahan di atas MA 50, harga berpotensi menuju ke RM 0.190.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-
kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.