FX:USDCAD   Dollar Américain / Dollar Canadien
Bismillah .

1 .Untuk pasangan matawang US Dollar vs Canadian Dollar , harga bagi pasangan ini di timeframe daily secara am nya dalam keadaan bullish atau dengan kata lain dalam keadaan menaik .

2 .Harga untuk pasangan ini berjaya mendaki dari harga terendah 1.2250 pada 31 januari 2018 dan berjaya mencapai harga tertinggi 1.33860 pada 26 jun 2018 untuk semasa tahun ini .

3 .Jika diperhatikan pada saat ini,harga berkemungkinan untuk menguji support berhampiran (kotak biru) dan garisan trendline .

4 .Jika kita melihat di timeframe h4 , indikator rsistochastic menunjukkan harga berada didalam pasar oversold yang memberi isyarat bahawa harga akan membuat kenaikan pada bila bila masa .

Idea Dagangan .

1 .Untuk pasangan matawang Usd/Cad sy lebih cenderung untuk membeli .

2 .Beli secara langsung atau beli bila harga berada di dalam zone support dan menyentuh garis trendline.

3 .Stoploss jika harga berjaya membuat solid breakout digaris trendline .

4 .take profit yang dicadangkan seperti di gambar rajah atau boleh disesuaikan dengan risk reward anda .


Berdagang dengan berhemah walau apa jua method trading anda .

wallahu`alam .
Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.