WONG (Kronologi Masa Lalu Cerminan Pergerakan Harga Kini?)

Sektor:
- Manufacturing, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment, Precision Machining.

Idea analisis:
~Teknikal~
- Kronologi pergerakan harga WONG:
1) Setelah berjaya breakout MA 200, WONG dilihat rebound di atas MA 50.
2) Kemudian WONG melakukan kenaikan lebih tinggi dan menjadikan MA 20 sebagai support.
3) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan harga akan meneruskan kenaikan.
4) WONG tidak berjaya meneruskan kenaikan. Harga breakdown MA 20 dan MA 50.
5) Harga retest MA 50 dan MA 20.
6) Kemudian harga membuat rejection di bawah MA 50 dan membuat rejection di atas MA 200 juga.
7) WONG breakout MA 50.
8) Harga retest MA 50.
9) Harga rebound di atas MA 50.
10) Kemudian WONG melakukan kenaikan lebih tinggi dan menjadikan MA 20 sebagai support.
11) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan harga akan meneruskan kenaikan.
- Perhatikan kronologi ke-2 dan ke-3 seakan² hampir dengan kronologi terkini, ke-10 dan ke-11.
- Signal 'hidden bullish divergence' membawa makna momentum penjualan adalah sangat kuat tetapi kekuatan ini tidak mampu menurunkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Walaubagaimanapun, sebelum ini, signal ini tidak memberikan isyarat yang tepat dan berkemungkinan juga ia akan menjadi cerminan untuk waktu terkini.
- History repeats itself? Adakah kronologi ke-4 akan dimainkan semula?
- Terkini, stochastic RSI cross down di paras overbought menandakan harga sedang membuat pullback atau retracement di bawah resistancenya yang terbaru.
- WONG menjadikan MA 20, MA 50 dan MA 200 sebagai dinamic support dan resistancenya.
- Jika WONG mampu bertahan di atas MA 50, harga mampu menuju ke paras ATH nya pada paras harga RM 1.150 yang merupakan ATH nya ketika 14 Julai 2003.
- Jika WONG tidak mampu bertahan di atas MA 20, support seterusnya adalah MA 50. Dan jika harga tidak mampu juga bertahan di garisan MA 50, support terakhirnya adalah di garisan MA 200.

~Fundamental~
- Keuntungan WONG secara overall dilihat menurun. Keuntungan WONG menyusut YoY sebanyak -24.1%.
- Perolehan WONG pula dilihat dalam trend menaik secara overall. Perolehan yang terkini adalah tertinggi daripada quarter² sebelumnya. Ini menjadikan perolehan WONG meningkat YoY dan QoQ masing² sebanyak 24.26% dan 55.22%.
- WONG juga memberikan dividen kepada para pemegang sahamnya. Terkini, trailing dividend pada tahun 2021 adalah terendah iaitu sebanyak 1.25 sen sesaham.

Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support dan resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance


#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
breakdownFundamental AnalysisHidden Bullish RSI DivergencehistoryrepeatsitselfTechnical Indicatorsjun21kronologireboundretestTrend AnalysisWONG

Aussi sur:

Clause de non-responsabilité