naimmp98

EMAS (Dua Garisan Penting untuk Dilepasi)

Long
FX_IDC:XAUMYRG   GOLD / MALAYSIAN RINGGIT GRAM
- EMAS masih di dalam mood downtrend.
- EMAS meneruskan penurunan sehingga ke paras RM 220/gram.
- Kemudian EMAS dilihat rebound sehingga ke paras SBR. Paras ini penting untuk dilepasi tetapi EMAS dilihat tidak berjaya untuk melepasi paras SBR ini. Jadi, kemungkinan kenaikan ini hanya technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Setelah melepasi garisan SBR ini, EMAS perlu melepasi garisan downtrend line pula untuk bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
- Kemungkinan EMAS akan jatuh semula di atas new support. Setelah jatuh di paras new support, amat penting untuk dilihat samada EMAS jatuh melebihi paras new support atau cuba untuk rebound semula. Jika harga EMAS jatuh melebihi paras new support, EMAS akan meneruskan penurunan dan mencari support terbaru manakala jika harga EMAS rebound kembali, kita perlu perhatikan samada harga mampu memecahkan SBR atau tidak.

Nota kaki:
* Downtrend = Penurunan / Harga menurun.
* Rebound = Harga melantun keatas.
* SBR = Support Become Resistance. Paras harga RM 230/gram sebelum ini adalah support (lantai) terkuat untuk EMAS tetapi apabila EMAS jatuh di bawah support (lantai) ini, support (lantai) ini menjadi resistance (rintangan) pula bagi EMAS.
* Technical rebound dan dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika 'harga jatuh secara keseluruhan'.
* Uptrend = Kenaikan / Harga menaik.
* Sideways = Harga mendatar.
* New Support = Lantai baru.

Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.