naimmp98

EMAS (Penurunan Seketika yang Berupa Peluang bagi Pelabur Emas)

FX_IDC:XAUMYRG   GOLD / MALAYSIAN RINGGIT GRAM
EMAS kini sedang mencuba untuk mendaki pergunungan hingga ke pucuk yang pernah dicapai iaitu RM 280/gram yang merupakan ATH bagi EMAS. Kebiasaan dalam kenaikan, pasti akan berlaku juga penurunan sedikit atau lebih dikenali sebagai pembetulan harga sebelum meneruskan lagi sesi kenaikan. Terkini, EMAS dilihat membuat pullback yang sangat tajam setelah sebelumnya melakukan kenaikan parabolic. Walaubagaimanapun, pullback yang tajam ini masih dianggap penurunan yang sihat kerana:
1) Harga masih di atas trend line (rujuk garisan biru di dalam carta).
2) Harga dilihat membuat rejection di atas fibo 0.382 iaitu pada paras harga RM 245.50/gram.

Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Clause de non-responsabilité

Les informations et les publications ne sont pas destinées à être, et ne constituent pas, des conseils ou des recommandations en matière de finance, d'investissement, de trading ou d'autres types de conseils fournis ou approuvés par TradingView. Pour en savoir plus, consultez les Conditions d'utilisation.